Mengenai KYOCERA Document Solutions Malaysia

Kyocera Document Solutions Malaysia Sdn Bhd (Syarikat Jualan) ialah syarikat kumpulan di bawah Kyocera Document Solutions Inc., penyedia penyelesaian dokumen menyeluruh yang terkemuka di dunia yang berpusat di Osaka, Jepun. Portfolio syarikat merangkumi mesin pencetak dan pelbagai fungsi (MFP) yang boleh dipercayai dan mesra alam, serta aplikasi perniagaan dan perkhidmatan perundingan yang membantu pelanggan mengoptimum dan mengurus aliran kerja dokumen mereka, seterusnya mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi. Dengan kepakaran profesional dan budaya perkongsian yang empati, objektif syarikat adalah untuk membantu organisasi memanfaatkan pengetahuan bagi memacu perubahan.


Kyocera Document Solutions Inc. ialah syarikat kumpulan kepada Kyocera Corporation (Kyocera), pembekal utama komponen industri dan automotif, pakej semikonduktor, peranti elektronik, sistem tenaga pintar, pencetak, mesin penyalin dan telefon mudah alih. Bagi tahun berakhir pada 31 Mac 2025, jumlah hasil jualan terkonsolidasi syarikat mencecah 2 trilion yen (anggaran US$13.5 bilion). Kyocera menduduki tempat ke-874 dalam senarai "Global 2000" majalah Forbes 2024 yang menyenaraikan syarikat tersenarai terbesar di dunia, dan telah diiktiraf sebagai salah satu daripada "100 Syarikat Paling Lestari di Dunia" oleh The Wall Street Journal.

https://www.kyoceradocumentsolutions.com/en/


Ditubuhkan pada Mei 2020, KYOCERA Document Solutions Malaysia Sdn. Bhd menyediakan produk dan perkhidmatan pejabat termasuk Mesin Fotokopi Multifungsi Digital, Pencetak, Faksimili, Pengimbas, Penyelesaian Rangkaian dan penyelesaian pengurusan dokumen yang terurus. Peralatan pejabat Kyocera telah dipercayai dan dipasarkan secara meluas kepada pelanggan di Malaysia melalui rakan perniagaan kami. Kehadiran kami dalam pasaran Malaysia melalui penubuhn syarikat jualan membolehkan kami memahami dengan lebih baik keperluan pelanggan, dengan komitmen untuk memenuhi permintaan pasaran dengan terbaik.



KDMY

Lembaran Fakta Syarikat

Ditubuhkan 2020
Alamat No.71, Ground Floor, Jalan SS 15/5A, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Pejabat Malaysia

KYOCERA Document Solutions Malaysia Sdn. Bhd.
No.71, Ground Floor, Jalan SS 15/5A, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon: 03-5634 5609
Talian khidmat pelanggan: 1700-816-100
Nombor faks: 03-5612 5531

www.kyoceradocumentsolutions.com.my