MDS

Ke mana wang itu digunakan?

Wang dibazirkan dengan pelbagai cara yang tidak dapat anda lihat: Peranti yang tidak diperlukan, pembaziran sumber, dan peralatan yang kurang berkesan. Kakitangan bergaji tinggi menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan isu mudah masalah pencetak dan membazirkan masa berurusan dengan pembekal dan vendor yang berbeza.

Dengan KYOCERA Perkhidmatan Urus Dokumen (MDS), anda dapat mengoptimumkan keseluruhan penyediaan output anda. Dengan menyediakan kumpulan perkhidmatan yang komprehensif untuk melancarkan pengurusan output anda, kami dapat mengurangkan beban kerja jabatan IT anda dan mengurangkan kesan terhadap persekitaran anda.

Kami melakukan analisis dengan teliti mengenai struktur dan keperluan syarikat anda. Kemudian kami melaksanakan program secara terperinci untuk menyelesaikan masalah spesifik anda. Hasilnya ketara: pengurangan kos yang besar dan mendapat faedah pentadbiran yang berharga.

Tidak kira berapa saiz syarikat anda, anda akan mendapat faedah dari KYOCERA MDS.