Mengenai KYOCERA Document Solutions Malaysia

Kyocera Document Solutions Malaysia Sdn Bhd (Syarikat Jualan) merupakan sebuah syarikat kumpulan di bawah Kyocera Document Solutions Inc., sebuah syarikat pembekal terkemuka global dalam penyelesaian dokumen menyeluruh yang berpangkalan di Osaka, Jepun. Portfolionya merangkumi MFPs dan pencetak yang boleh dipercayai serta mesra alam, serta aplikasi perniagaan dan perkhidmatan perundingan yang membolehkan pelanggan mengoptimumkan dan mengurus aliran kerja dokumen mereka, mencapai kecekapan yang lebih tinggi. Dengan kepakaran profesional dan budaya kemitraan yang penuh empati, objektif syarikat adalah untuk membantu organisasi mengaplikasikan pengetahuan untuk memacu ke arah perubahan.

Kyocera Document Solutions Inc. ialah syarikat kumpulan di bawah Kyocera Corporation (Kyocera), pembekal terkemuka bagi pakej semikonduktor, komponen industri dan automotif, peranti elektronik, sistem tenaga pintar, pencetak, mesin penyalin, dan telefon mudah alih. Pada tahun berakhir 31 Mac 2023, pendapatan jualan konsolidasi Kumpulan Kyocera mencapai 2 trilion yen (kira-kira AS$15.1 bilion). Kyocera menduduki tempat ke-672 dalam senarai "Global 2000" majalah Forbes 2023 bagi syarikat dagangan awam terbesar di dunia, dan telah dinamakan oleh The Wall Street Journal antara "100 Syarikat Pengurusan Terbaik di Dunia”.

Ditubuhkan pada Mei 2020, KYOCERA Document Solutions Malaysia Sdn. Bhd menyediakan produk dan perkhidmatan pejabat termasuk Mesin Fotokopi Multifungsi Digital, Pencetak, Faksimili, Pengimbas, Penyelesaian Rangkaian dan penyelesaian pengurusan dokumen yang terurus. Peralatan pejabat Kyocera telah dipercayai dan dipasarkan secara meluas kepada pelanggan di Malaysia melalui rakan perniagaan kami. Kehadiran kami dalam pasaran Malaysia melalui penubuhn syarikat jualan membolehkan kami memahami dengan lebih baik keperluan pelanggan, dengan komitmen untuk memenuhi permintaan pasaran dengan terbaik.



KDMY

Lembaran Fakta Syarikat

Ditubuhkan 2020
Alamat No.71, Ground Floor, Jalan SS 15/5A, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Pejabat Malaysia

KYOCERA Document Solutions Malaysia Sdn. Bhd.
No.71, Ground Floor, Jalan SS 15/5A, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon: 03-5634 5609
Talian khidmat pelanggan: 1700-816-100
Nombor faks: 03-5612 5531

www.kyoceradocumentsolutions.com.my