Masalah Skrin Biru (Blue Screen of Death/BSOD) ketika cuba mencetak selepas Windows Update

2021/03/17

(Latest Update: March 22, 2021)

Window 10 Security Update daripada Microsoft pada 09hb Mac 2021 didapati telah menyebabkan komputer berhenti berfungsi dan memaparkan Masalah Skrin Biru (Blue Screen of Death/BSOD) semasa pengguna cuba menggunakan fungsi cetak dari komputer.


■ Patch bermasalah (diterbitkan pada 09hb Mac 2021)

Windows 10 Ver.20H2/2004 : KB5000802
Windows 10 Ver.1909/1903 : KB5000808
Windows 10 Ver.1803 : KB5000809
Windows 10 Ver.1809 : KB5000822


Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Microsoft telah mengeluarkan Patch baru pada 16hbMac 2021.


■ Patch bertindak balas (diterbitkan pada 16hbMac 2021)

Windows 10 Ver.20H2/2004 : KB5001567
Windows 10 Ver.1909/1903 : KB5001566
Windows 10 Ver.1803 : KB5001565
Windows 10 Ver.1809 : KB5001568



Namun begitu, selepas mengemaskini menggunakan Patch di atas, penggguna mungkin mengalami hasil percetakan yang tidak dijangka. Antara isu yang mungkin akan dialami oleh pengguna:

  • Sesetengah elemen dokumen mungkin dicetak dengan dakwat hitam penuh /berwarna atau mungkin hilang, termasuklah kod bar, kod QR dan elemen grafik seperti logo.
  • Garisan jadual mungkin hilang. Antara masalah lain yang akan dihadapi termasuklah masalah penyelarasan dan masalah format.
  • Mencetak dari beberapa aplikasi ke beberapa mesin pencetak mungkin menghasilkan halaman atau label yang kosong.

Microsoft telah mengeluarkan Patch terbaru pada 18hb Mac 2021 untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya menghadapi masalah diatas, pengguna dinasihati untuk mengemaskini komputer kepada Window Update terbaru yang mengandungi Patch yang berikut:

■ Patch terbaru untuk membaik pulih masalah (diterbitkan pada 18hb Mac 2021)

Windows 10 Ver.20H2/2004 : KB5001567
Windows 10 Ver.20H2/2004 : KB5001649
Windows 10 Ver.1909/1903 : KB5001648
Windows 10 Ver.1803 : KB5001634
Windows 10 Ver.1809 : KB5001638



Cara mengemaskini kepada Window Update terbaru


1. Tekan butang Window (Start) dan pilih Settings.

2. Dalam Window Settings, pilih Update & Security.





3. Dalam seksyen [Optional Updates Available], anda akan jumpa pautan untuk memuat turun dan mengemaskini komputer kepada Window Update Patch yang terbaru .Sekiranya tidak terdapat pautan tersebut, sila pilih Check for Updates.




4. Sila ikut langkah yang diberikan untuk melengkapkan proses kemaskini Window Update tersebut.


*Rujukan maklumat daripada laman web Microsoft.
Version 20H2
Version 2004
Version 1909
Version 1803
Version 1809


Berikutan masalah ini, talian pusat khidmat pelanggan kami mengalami trafik yang tinggi dan pelanggan telah mengalami kesukaran untuk menghubungi talian kami. Pihak kami meminta maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku.