10 MFP A3 Kyocera Telah Menerima Pengesahan Keselamatan bagi Penembusan Peranti dalam Ujian Penilaian yang dilakukan oleh Keypoint Intelligence, Makmal Ujian Bebas yang berpangkalan di A.S.

2022/09/20

Kyocera Document Solutions Inc. (Presiden: Hironori Ando) mengumumkan bahawa sejumlah 10 model dalam siri TASKalfa 3554ci (enam warna A3 MFP dan empat monokrom A3 MFP) telah lulus Ujian Pengesahan Keselamatan Makmal Pembeli (BLI) untuk Penembusan Peranti yang dijalankan oleh Keypoint Intelligence, sebuah badan bebas A.S yang menilai peralatan dokumen.


Ujian Pengesahan Keselamatan BLI ialah ujian pengesahan keselamatan untuk peranti keluaran pejabat/IoT yang dikendalikan bersama oleh Keypoint Intelligence dan Accenture, sebuah firma perunding keselamatan. Ujian penembusan telah dijalankan oleh penggodam beretika dengan niat untuk menyiasat berserta perkara lain iaitu sama ada mungkin boleh mengubah atau membocorkan maklumat pengguna dalam produk atau memanipulasi produk untuk melaksanakan operasi yang tidak dibenarkan. Hasil daripada ujian tersebut, telah disahkan bahawa siri TASKalfa 3554ci berkesan untuk menahan pelbagai ancaman keselamatan yang muncul di persekitaran operasi pelanggan dan merupakan produk yang boleh dipercayai dan boleh digunakan tanpa ragu.


Kami komited untuk menyediakan persekitaran dokumen yang selamat dan terjamin, membolehkan setiap pelanggan memanfaatkan sepenuhnya maklumat dan mengembangkan perniagaan mereka, tidak kira di mana mereka bekerja.



* Penggodam beretika: Penggodam yang juga dikenali sebagai "penggodam dalam kelompok yang baik" di mana mereka menggunakan pengetahuan komputer dan pengaturcaraan dan kemahiran mereka untuk tujuan yang baik.




Produk yang Diperakui

MFP A3 Berwarna TASKalfa 7054ci / 6054ci / 5054ci / 4054ci / 3554ci / 2554ci
MFP A3 Monokrom TASKalfa 7004i / 6004i / 5004i / 4004i

Mengenai Keypoint Intelligence
Selama 60 tahun, pelanggan dalam industri pengimejan digital telah bergantung kepada Keypoint Intelligence untuk pelaksanaan ujian bebas secara langsung, data makmal dan penyelidikan pasaran yang meluas untuk memacu kejayaan produk dan jualan mereka. Keypoint Intelligence terus berkembang sebagai satu sumber industri yang boleh dipercayai dalam menyediakan maklumat, analisis dan diisytihar sebagai penganalisis yang mempunyai pengalaman yang berdekad. Pengetahuan tahap misi kritikal ini telah digunakan oleh pelanggan-pelanggan untuk membuat keputusan strategik, pembolehan jualan harian dan kecemerlangan operasi untuk meningkatkan matlamat perniagaan dan keuntungan. Dengan menumpukan tumpuan utama kepada pelanggan, Keypoint Intelligence terus berkembang apabila industri berubah dengan meluaskan tawaran dan pengemaskinian tatacara, dan dalam masa yang sama memahami dan melayani transformasi pengilang, saluran dan pelanggan mereka dengan mendalam dalam sektor percetakan dan pengimejan digital.



* Siaran berita ini ditujukan untuk media, dan adalah terkini, pada tarikh penerbitan.