Kyocera tampil di pameran antarabangsa Pack Print 2022 di Bangkok, pameran percetakan terbesar di Asia Tenggara

December 20, 2022

CLOUD 735139 / ISO 27017 Kyocera Document Solutions Thailand (Presiden: Yoshihiro Oyama) dipamerkan buat pertama kalinya di Pameran Antarabangsa Pack Print 2022 Bangkok, yang diadakan di Bangkok dari 19 hingga 22 Oktober.

Untuk mengembangkan perniagaan dalam peralatan dokumen, Kyocera baru sahaja memasuki pasaran komersial bagi jet dakwat berkelajuan tinggi di Thailand mulai 2021. Organisasi itu mempamerkan model TASKalfa Pro 15000c, pencetak pengeluaran jet dakwat yang dibangunkan dengan kepakaran teknologi dimana Kyocera telah senaraikan dalam barisan pemenang anugerah MFP dan pencetak.

Pameran itu diadakan setiap dua tahun sekali dan merupakan pameran percetakan terbesar di Asia Tenggara, dimana ianya telah menarik kira-kira 20,000 orang pengunjung dari 62 buah negara. Model TASKalfa Pro 15000c yang dipamerkan di pameran itu menawarkan kemudahan operasi, penyelenggaraan dan kualiti imej yang tinggi, serta produktiviti dan ketahanan yang diperlukan untuk menghasilkan cetakan dalam kuantiti yang sedikit sehinggalah banyak. Peranti ini menampilkan aplikasi percetakan digital, di mana ia mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran percetakan komersial, dan menawarkan pengurangan kos operasi.

Dalam masa yang sama, para pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat keupayaan produk melalui demonstrasi secara langsung, dimana penggunaan peranti Kyocera dalam merevolusikan pernigaan mereka memberi kesan serta merta ke dalam pasaran jet dakwat digital.

Kumpulan Kyocera Document Solutions akan berterusan menawarkan penyelesaian kepada pelanggan dalam pasaran percetakan komersial dengan memanfaatkan keupayaan teknologinya di seluruh dunia.


Mengenai TASKalfa Pro 15000c

Pencetak pengeluaran warna inkjet dengan keupayaan mencetak tanpa henti sehingga.
9,000 helaian sejam dan ketahanannya sesuai untuk percetakan volume tinggi



Pertanyaan


Pelanggan kecuali dalam EU

KYOCERA Document Solutions Inc., Bahagian Komunikasi Korporat

Pelanggan dalam EU

KYOCERA Document Solutions Eropah B.V.

Kyocera Document Solutions Inc. sentiasa memastikan peraturan perlindungan data tempatan tetap dipatuhi. Kami telah mengenal pasti terdapat pertanyaan yang datang daripada EU. Disebabkan Peraturan Perlindungan Data Am EU, sila ambil perhatian bahawa permintaan anda akan diajukan ke ibu pejabat serantau kami: Kyocera Document Solutions Eropah.

* Siaran berita ini bertujuan untuk media, dan adalah yang terkini, pada tarikh penerbitan.