Kyocera Document Solutions menjadi penaja Bersama bagi Ekspo 2025 Osaka, Kansai, Jepun dan menyediakan pencetak Multifungsi (MFP) dan mesin pencetak mesra alam sebagai peserta pengeporasian dan pembekal.

January 18, 2024

Kyocera Document Solutions Inc. (Presiden:Hironori Ando) hari ini mengumumkan kerjasama bersama sebagai peserta pengoperasian dan pembekal untuk tema "Designing Future Society for Our Lives" di Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun yang akan diadakan di Osaka dari 13 April hingga 13 Oktober 2025.

Sepanjang tempoh Ekspo berlansung, kami akan menyediakan pencetak Multifungsi (MFP) dan mesin pencetak serta memberikan sokongan menyeluruh untuk semua bahan yang digunakan di tapak Ekspo, dari pemasangan peralatan hingga bahan cetakan, penyelenggaraan, dan pengurusan bagi menyediakan operasi yang lancar bagi pihak-pihak berkaitan yang terlibat dengan Ekspo.

Sebagai perintis industri dalam membangunkan produk mesra alam dan tahan lasak, pencetak Multifungsi (MFP) dan mesin pencetak yang kami sediakan direka untuk menjadi mesra alam, dengan teknologi jangka hayat unik kami yang boleh mengurangkan bilangan bahagian terbuang dan mencapai kos operasi pengendalian yang rendah.

Sebagai sebuah syarikat tempatan di Osaka, kami akan terus menyumbang kepada kejayaan Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.