Mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 960 tan setahun. Sistem penjanaan tenaga suria kini diaktifkan sepenuhnya di Kyocera Document Solutions America, Inc.

January 19, 2024

Kyocera Document Solutions Inc. (President:Hironori Ando; seterusnya :Kyocera) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa sistem penjanaan tenaga solar yang telah dipasang di Kyocera Document Solutions America, Inc. kini sepenuhnya diaktifkan.

Kami merancang untuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 960 tan setiap tahun dengan memasang sistem solar berskala besar di atas bumbung bangunan kami di New Jersey, Amerika Syarikat. Kami juga menjangkakan pengurangan pelepasan CO2 sebanyak 19,185 tan (setara dengan penanaman 287,000 pokok) dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Syarikat-syarikat Kumpulan Kyocera sedang membuat kemajuan untuk mencapai sasaran pengurangan CO2 bagi Kumpulan Kyocera secara kesuluruhan – sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau (Skop 1, 2*) (tahap 1.5℃): Mengurangkan sebanyak 46% menjelang Tahun Kewangan 2031 (berbanding dengan tahap Tahun Kewangan 2020).

Pemasangan tenaga boleh diperbaharui ini mencerminkan komitmen kami untuk mencapai keseimbangan harmoni antara pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar. Ini sejajar dengan matlamat kami untuk menyediakan produk yang mesra alam di pasaran yang tidak hanya cekap tenaga, tetapi juga memerlukan kurang penggantian komponen.

Kami menyasarkan untuk mencapai 100% tenaga boleh diperbaharui di semua tapak Kumpulan Kyocera Document Solutions menjelang Tahun Kewangan 2031 dengan menggalakkan pemasangan sistem penjanaan tenaga solar di tapak-tapak lain di Amerika Syarikat dan rantau-rantau lain di seluruh dunia serta memperoleh sijil penilaian alam sekitar.

Demi kemajuan dan pembangunan kemanusiaan dan masyarakat, kami akan terus menyokong pembangunan mampan perniagaan pelanggan kami dengan menjadikan “LIVING TOGETHER” sebagai paksi semua aktiviti korporat di Kyocera.

* Skop 1: Pelepasan langsung yang berkaitan dengan penggunaan bahan api dan proses pengeluaran

Skop 2: Pelepasan tidak langsung yang berkaitan dengan penggunaan tenaga atau haba yang dibeli dari luar