Kyocera Document Solutions memenangi Anugerah Jenama A3 Paling Dipercayai 2025-2027 daripada Keypoint Intelligence, serta Pick Award untuk A4 MFP

2025/04/04

Kyocera Document Solutions Inc. (Presiden: Takashi Nagai) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kyocera telah menerima dua anugerah iaitu Anugerah Jenama A3 Paling Boleh Dipercayai 2025–2027 dan Pick Award dari Keypoint Intelligence, sebuah organisasi bebas yang diiktiraf dalam bidang penyelidikan dan pengujian peralatan dokumen dari Amerika Syarikat.


■ Mengenai Anugerah Jenama A3 Paling Boleh Dipercayai 2025–2027
Semua peranti pencetak pelbagai fungsi A3 keluaran syarikat kami telah menjalani penilaian menyeluruh oleh Keypoint Intelligence selama hampir lima tahun. Proses penilaian ini merangkumi aspek penting seperti bilangan kegagalan kertas (misfeeds) dan keperluan panggilan penyelenggaraan. Berdasarkan prestasi yang konsisten dan boleh dipercayai, produk kami telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik berbanding jenama utama lain, sekali gus melayakkan kami menerima Anugerah Jenama A3 Paling Boleh Dipercayai bagi tahun 2025–2027.


■ Mengenai Pick Award
Pencetak pelbagai fungsi A4 berwarna keluaran syarikat kami, TASKalfa MA3500ci dan ECOSYS MA4000cix, telah menerima Anugerah Pick daripada Keypoint Intelligence hasil prestasi cemerlang dalam siri ujian ketat mereka. Penilaian meliputi aspek seperti masa cetakan pertama, kelajuan pengimbasan, serta kualiti imej yang dihasilkan.
Anugerah ini mengiktiraf keupayaan peranti tersebut dalam memberikan kelajuan cetakan dan pengimbasan yang stabil secara berterusan, di samping sokongan terhadap pelbagai saiz kertas. Ciri-ciri ini membantu meningkatkan tahap produktiviti dan membolehkan penyesuaian yang mudah dengan perubahan gaya kerja masa kini, terutamanya di pejabat yang lebih kecil dan beroperasi dari pelbagai Lokasi. Menurut Oscar Sanchez, Presiden Kyocera Document Solutions America, “Produk kami direka untuk menyokong keperluan digital persekitaran kerja hibrid masa kini, sambil mengekalkan kualiti yang konsisten dan boleh dipercayai dalam jangka masa panjang.”



Mengenai Keypoint Intelligence
Selama lebih 60 tahun, Keypoint Intelligence telah menjadi rujukan utama dalam industri teknologi imej digital, menyediakan ujian bebas, data makmal yang komprehensif dan penyelidikan pasaran yang menyeluruh bagi menyokong kejayaan produk serta strategi jualan. Dengan reputasi sebagai sumber yang paling dipercayai dalam penyampaian maklumat, analisis dan pengiktirafan yang objektif, Keypoint Intelligence terus berkembang selari dengan perubahan industri. Komitmen mereka tertumpu kepada membantu pengeluar, saluran pengedaran, dan pelanggan menyesuaikan strategi serta operasi dengan perubahan berterusan dalam landskap industri percetakan dan teknologi dokumen digital.



Mengenai Anugerah Kebolehpercayaan dari Keypoint Intelligence
Keypoint Intelligence adalah pusat ujian yang diiktiraf dalam bidang percetakan dan penyelesaian tempat kerja pintar. Mereka menjalankan ujian ketahanan yang sangat teliti dan menyeluruh, yang dianggap antara yang terbaik dalam industri. Anugerah Kebolehpercayaan yang diberikan berdasarkan ujian mereka adalah sangat berprestij. Pemenang anugerah ini dipilih berdasarkan data yang dikumpulkan dari makmal di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Beberapa faktor yang diambil kira termasuk jumlah cetakan yang diuji, kekerapan masalah kegagalan kertas (misfeed), dan gangguan perkhidmatan yang berlaku semasa ujian dijalankan.