Kyocera Document Solutions telah menyediakan MFP dan pencetak mesra alam sebagai Penaja Operasi Tapak Ekspo untuk Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.
2025/04/07

Kyocera Document Solutions Inc. (Presiden: Takashi Nagai) hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menyediakan dan memasang produk multifungsi (MFP) dan pencetak KYOCERA mulai Disember 2024 sebagai Penaja Operasi Tapak Ekspo untuk Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun. Expo ini dijadualkan berlangsung di Osaka dari 13 April hingga 13 Oktober 2025.
Sebanyak 98 unit MFP dan pencetak telah dipasang di sekretariat Pavillion Jepun serta pejabat pentadbiran lain untuk memastikan kelancaran operasi Expo 2025. Kyocera juga akan menyediakan sokongan penuh bagi operasi berkaitan dokumen di sekretariat, termasuk perkhidmatan penyelenggaraan dan pengurusan pencetakan sepanjang tempoh pameran.
Selama lebih 30 tahun, Kyocera Document Solutions telah menjadi peneraju dalam pembangunan produk yang mesra alam dan tahan lama. MFP dan pencetak yang dihasilkan oleh Kyocera membuktikan komitmen syarikat terhadap alam sekitar. Dilengkapi dengan teknologi jangka hayat yang unik, produk-produk ini direka untuk meminimumkan pembaziran, mengurangkan penggunaan bahagian yang perlu diganti, serta mengurangkan kos operasi. Kyocera berbangga dengan kepakaran dan dedikasinya terhadap kelestarian alam sekitar.
Sebagai sebuah syarikat tempatan di Osaka, kami amat bertekad untuk memberi sumbangan yang signifikan kepada kejayaan Expo 2025. Kebergantungan kami terhadap komuniti ini menggalakkan kami untuk memperkukuhkan hubungan dengan semua pengunjung Expo 2025, sambil memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar serta memastikan kelestarian masa depan kita.
