TASKalfa 7004i/6004i/5004i
Pilihan anda yang lebih baik di bawah persekitaran perniagaan yang berubah-ubah
Produk perlbagai fungsi yang teguh dan tangkas terbukti kepentinganya kerana bekerja secara "remote" kini telah menjadi tumpuan utama. Kami mempersembahkan kepada anda siri TASKalfa 3554ci : penyelesaian yang sesuai untuk anda dalam era perniagaan baharu ini.
-
-
Perkongsian dokumen yang cekap
Peralihan dokumen kertas dan sistem pemfailan ke dalam bentuk digital menyediakan penyelesaian kepada perkongsian dokumen untuk kerja secara "remote", tidak kira di mana sahaja anda berada. Apatah lagi, pemprosesan OCR berfungsi dengan pengimbas anda untuk menukar aksara bercetak kepada teks digital dan kemudian berkongsi data imbasan ke Cloud atau sistem tempatan anda.
-
-
Kawalan jauh: selamat dan mudah
KYOCERA MyPanel membolehkan anda menggunakan telefon pintar atau tablet anda sendiri sebagai panel kawalan peranti. Pengguna boleh melakukan fungsi salin, cetak dan imbasan daripada peranti mudah alih anda sendiri, tanpa menyentuh panel kawalan MFP secara fizikal.
-
-
Keselamatan yang optimum
Mematuhi standard untuk pensijilan keselamatan komputer antarabangsa (ISO/IEC 15408).* Kami telah mengembangkan ciri keselamatan kami untuk memberikan perlindungan yang lebih besar kepada perniagaan anda di bawah operasi dokumen yang berbeza, termasuk penukaran data dokumen, storan sementara dan output, dsb.
*Permohonan untuk pensijilan sedang diproses setakat Disember 2020.