Kyocera Enterprise Information Manager
KEIM menghapuskan masalah yang dihadapi
tanpa mengira jenis operasi perniagaan anda
-
Penyesuaian dan Fleksibiliti
Ia sentiasa menyusahkan bagi perniagaan yang sibuk untuk mengendalikan pelbagai jenis pengesahan dan proses kelulusan. Untuk menyediakan aliran kerja yang ideal untuk setiap dokumen dan projek, KEIM menawarkan pengurusan aliran kerja berorientasikan pelanggan untuk disesuaikan dengan kebiasaan pengguna. Melalui manfaat ciptaan yang pantas, pelaksanaan dan pengubahsuaian fungsi dan ciri penyelesaian, setiap peringkat aliran kerja dapat dibentuk dengan baik untuk menangani keperluan perniagaan yang berkembang secara konlusif.
-
-
-
Keselamatan Maklumat Tanpa Kerumitan
Pemfailan dokumen secara tradisional akan menyebabkan rasa tidak selamat kerana sesiapa sahaja boleh mengakses dan melihat data sensitif. Adalah penting untuk memastikan semua maklumat penting disimpan dengan selamat. Peranan KEIM dan kawalan platform sulit akan mengawal dan memusatkan semua maklumat perniagaan dalam repositori yang dilindungi. Hak mengurus, melihat dan mengendalikan dokumen sulit adalah terhad kepada pengguna yang telah diberikan akses sahaja. KEIM dengan tegas menjaga semua aset maklumat dan secara serentak memperkemas kitaran hayat maklumat.
-
Cari Dokumen Secara Pantas
Sesebuah perniagaan tidak dapat lari dari mengalami masalah dalam menguruskan sejumlah data tersusun dan tidak tersusun. Mencari maklumat penting dalam sejumlah besar data maklumat akan memakan masa. Dengan enjin carian pintar KEIM, dokumen boleh dicari dengan tepat hanya dengan satu klik. Enjin carian yang serba boleh termasuklah menapis carian fungsi dan sejarah carian, di mana ia memberi manfaat kepada pengguna untuk mengelakkan mencari carian yang tidak perlu. KEIM mengoptimumkan kecekapan dan dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti keseluruhan operasi perniagaan.
-
-
-
Bekerja dengan lancer
Untuk mengikut trend transformasi tempat kerja yang semakin berkembang maju, adalah sangat perlu bagi pejabat paska pandemik menguruskan kelancaran kerja. KEIM membolehkan pengguna bekerja pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menggunakan pelbagai peranti, seperti telefon bimbit atau komputer riba. Perniagaan dapat mewujudkan aliran kerja berterusan dengan penglibatan sepenuhnya pekerja di seluruh dunia, 24/7. Tanpa had mobiliti, pengguna KEIM kini boleh berkomunikasi dan bekerja secara global, berterusan, cekap dan lancar.